Terma Perkhidmatan
CONTOH: perlu disemak sebelum dilancarkan1. Perkhidmatan
BeresJer ("Platform") menyediakan sistem tempahan, bayaran dalam talian dan pengurusan operasi untuk studio fotografi ("Studio").
2. Akaun & percubaan
Studio boleh mencuba Platform secara percuma selama tempoh percubaan yang dinyatakan semasa pendaftaran. Dalam tempoh percubaan, tempahan sebenar tidak dibuka (mod ujian sahaja).
3. Langganan & bayaran
Langganan dibayar terlebih dahulu bagi tempoh yang dipilih (3, 6 atau 12 bulan) melalui gerbang pembayaran CHIP. Langganan tidak diperbaharui secara automatik. Bayaran langganan tidak dikembalikan bagi tempoh yang telah bermula, kecuali dinyatakan sebaliknya secara bertulis.
4. Bayaran pelanggan studio
Bayaran pelanggan studio diproses melalui akaun CHIP milik Studio dan dimasukkan terus ke akaun Studio. Platform tidak memegang wang pelanggan Studio. Studio bertanggungjawab ke atas harga, polisi, refund dan perkhidmatan kepada pelanggannya.
5. Tamat langganan
Apabila langganan tamat, halaman tempahan Studio ditutup sehingga langganan disambung. Data Studio dikekalkan dan masih boleh diakses oleh staf Studio.
6. Penggunaan yang dilarang
Studio tidak boleh menggunakan Platform untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang, penipuan, atau yang mengganggu keselamatan sistem.
7. Data & privasi
Studio ialah pengawal data peribadi pelanggannya. Platform memproses data tersebut bagi pihak Studio mengikut Dasar Privasi Platform dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
8. Had liabiliti
Platform disediakan "sebagaimana adanya". Platform tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung termasuk kehilangan keuntungan akibat gangguan perkhidmatan.
9. Perubahan terma
Platform boleh mengemas kini terma ini dengan notis kepada Studio melalui e-mel atau dashboard.
10. Hubungi kami
Untuk pertanyaan, hubungi pasukan BeresJer melalui e-mel yang tertera di laman utama.